"Daripada lebih 9,400 syarikat yang dinilai secara meluas dalam CSA 2023, hanya 759 syarikat elit diplilih untuk dimasukkan ke dalam buku tahunan yang berprestij, menjadikan pencapaian Top Glove amat membanggakan," katanya.
Top Glove berkata, komitmen mereka terhadap kemampanan diterap dalam budaya korporat pengeluar sarung tangan getah itu.
Katanya, melalui inisiatif inovatif berterusan, operasi yang bertanggungjawab dan perkongsian bermakna, syarikat terus memacu impak positif dalam pemeliharaan alam sekitar, kesaksamaan sosial dan tadbir urus korporat yang teguh.
Sementara itu, Pengarah Urusan Top Glove, Lim Cheong Guan, berkata pihaknya berbesar hati
untuk diiktiraf sekali lagi dalam Buku Tahunan Kelestarian S&P Global.
"Pencapaian ini adalah bukti kepada usaha kolektif pekerja, pemegang kepentingan dan rakan kongsi kami yang berkongsi komitmen terhadap kemampanan.