TOP GLOVE DISENARAIKAN DI DALAM INDEKS KEMAMPANAN DOW JONES UNTUK TAHUN KELIMA BERTURUT-TURUT

18 September 2023 / 12:09

KUALA LUMPUR 18 Sept - Top Glove Corp Bhd telah disenaraikan ke dalam Indeks Kemampanan Dow Jones (DJSI) untuk tahun kelima berturut-turut dan mencapai skor yang dipertingkatkan dalam Penarafan FTSE Russell ESG.

Pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu berkata, dalam industri peralatan dan bekalan penjagaan kesihatan di DJSI, syarikat itu memperoleh kedudukan desil teratas, berada dalam kedudukan 3% teratas dalam kalangan rakan industri.

Menurutnya, pencapaian ini memaparkan komitmen Top Glove terhadap tadbir urus korporat yang mampan, pengurusan rantaian bekalan, inovasi, pelaporan alam sekitar, strategi iklim, hak asasi manusia, pembangunan modal insan dan pengurusan perhubungan pelanggan, yang kesemuanya merupakan kriteria utama yang dinilai oleh DJSI.

Pengarah Urusan Top Glove Lim Cheong Guan berkata anugerah itu mengesahkan dedikasi syarikat terhadap prinsip "berbuat baik dengan melakukan kebaikan".

Lim Cheong Guan

"Kami tetap komited untuk memberi kesan positif kepada komuniti yang kami berkhidmat, sambil melindungi alam sekitar, dan menegakkan prinsip etika yang kukuh dalam amalan perniagaan kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Top Glove mengaitkan pencapaian itu dengan usaha berterusannya untuk meningkatkan standard kemampanan merentas operasinya dan pendekatan telusnya terhadap pendedahan ESG.

Pada Jun 2022, syarikat itu melancarkan Dasar Kemampanan komprehensifnya, menggariskan komitmen dalam bidang penjagaan alam sekitar, tanggungjawab sosial, tadbir urus dan kebolehkesanan sepanjang tahun kewangan 2025 (FY2025).

Dagang News

Link: https://www.dagangnews.com/article/top-glove-disenaraikan-di-dalam-indeks-kemampanan-dow-jones-untuk-tahun-kelima-berturut-turut-30440 

More News