TOP GLOVE LANTIK 2 PENGARAH BEBAS BAHARU BERKUAT KUASA 6 JANUARI 2023

06 January 2023 / 12:01

KUALA LUMPUR 6 Jan - Top Glove Corporation Berhad melantik Chong Su-Lin dan Rowina Ghazali Seth sebagai pengarah bebasnya berkuat kuasa 6 Januari 2023.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengeluar sarung tangan getah pakai buang terkemuka itu berkata, Su-Lin kini merupakan pengarah bukan eksekutif bebas (INED) Cengild Medical Berhad, AIA Berhad dan ECRI Berhad, serta ahli majlis Hospis Malaysia dan Pengarah Naluri Hidup Sdn. Bhd.

“Beliau memulakan kerjayanya pada 1984 sebagai pengamal perubatan di National Health Service di United Kingdom. "

Su-Lin adalah peneraju makmal untuk segmen penjagaan kesihatan pelan tindakan bidang ekonomi utama negara oleh kerajaan pada 2010, dan baru-baru ini ahli pasukan petugas yang dilantik oleh Menteri Kesihatan untuk melihat budaya tempat kerja di hospital Kementerian Kesihatan," katanya.

Kumpulan itu berkata, bahawa jawatan terdahulu beliau termasuk Ketua Pegawai Eksekutif di Pusat Perubatan Sunway, Pusat Perubatan Prince Court dan cabang penjagaan kesihatan Universiti Perubatan Antarabangsa, serta jawatan Pengarah Eksekutif di Hospital Pakar Beacon.

Rowina Ghazali Seth

Sementara itu, Top Glove berkata Rowina kini merupakan INED bagi Velesto Energy Berhad dan UEM Edgenta Berhad serta Pengarah Hong Leong Islamic Bank Berhad.

Beliau memulakan kerjayanya pada 1985 di bahagian teknologi maklumat Shell, kemudiannya menyandang pelbagai jawatan tempatan dan global dalam operasi huluan, hiliran dan perniagaannya.

"Rowina naik ke jawatan kanan, termasuk sebagai Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Shell Malaysia dan Pengarah Shell Business Services Sdn. Bhd.

"Sebagai ahli kanan pengurusan Shell, beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri minyak dan gas," katanya.

Dagang News

Link: https://dagangnews.com/content/top-gloves-lantik-2-pengarah-bebas-baharu-berkuat-kuasa-6-januari-2023-22885

More News